#StudyHolic 9 Formula Matematik Wajib Tahu Untuk Lulus Exam Charted Financial Analyst by WallStreet

Chartered Financial Analyst, exam yang paling sukar disediakan oleh wall street untuk mereka yang gemar menganalisis market. Bukan senang untuk lulus exam tersebut. Ini kerana, exam CFA ni ada 3 level yang memang gila kentang. Untuk level pertama hanya 38% candidate yg lulus, level kedua 39% dan level ketiga 46% yang lulus, ia merujuk pada june 2010. Mereka yang mempunyai certificated scroll ni, boleh berurusan seluruh dunia dalam menganalisis financial market supaya lebih banyak debt dikeluarkan. Damn it, walaupun beratus ribu pakar analisis, tapi masalah kewangan tetap tidak selesai. Bapak ayam perut buncit terus menerus tamak mengumpul harta untuk dibawa ke liang lahad. Mungkin mereka nak pertontonkan kepada malaikat. Walhal jutaan penduduk merana akibat sistem capitalism yang menjaga kepentingan pihak-pihak tertentu.

CFA ini juga ada dikeluarkan certificate nya oleh beberapa universiti dalam dunia. CFA ini juga mendapat awards pada tahun 1963 dan march 2012 terdapat 107,000 members di 138 negara seluruh dunia termasuklah 98,000 chartholders. Namun, masalah financial dengan billion + trillion hutang setiap negara tetap tidak selesai. How smart they are. Fahamkah kita tentang 9 formula tersebut. Maybe a few of us understood it. So, masih hendak bercakap untuk menguasai dunia, sedangkan apa yang kita belajar pun diajar oleh mereka yang jahil. Thats why aku banyak bertekak dengan mereka yang hanya cakap kosong untuk mendirikan sebuah kerajaan khayalan, padahal mereka sendiri bodoh. WTH.




#Married Perkahwinan Mark Zuckerberg (Facebook) Sangat Low Profile Walaupun Mark Seorang Billionaire

Perkahwinan Mark Zuckerberg iaitu owner facebook telah digemparkan oleh media yang tidak henti mencari berita hangat untuk dipertontonkan kepada pembaca seluruh dunia. Tambahan lagi perkahwinan seorang billionaire muda. Perkahwinan mereka begitu simple dan yang pastinya mereka tidak menggunakan duit yang bukan dari poket sendiri. 

Terdapat beberapa perkara menarik semasa didalam arena perkahwinan mereka, terutama isterinya iaitu Priscilla Chan. Antaranya :
  • Baju perkahwinan yang dipakai oleh Priscilla Chan cuma $4,700 dari butik milik Claire Pettibone, Claire mengatakan baju yang dipakainya bukanlah top dress daripada butik mereka.
  • GreenDay vokalist iaitu Billie Joe memperformancekan dirinya untuk majlis Mark. Mark tidak memerlukan artist mainstream yang jelek, tetapi memilih underground. 
  • Chan tidak memilih untuk memberi ucapan kepada media, tetapi memilih untuk privacy. Tidak seperti sesetengah artist dan orang kenamaan, kalau boleh harga spender pun nak announce kepada public.
  • Chan tidak suka menggunakan duit milik Mark ataupun mengambil kesempatan atas kekayaan Mark. Ada satu masa, Chan bersama kakak Mark bershopping dan melihat sepasang kasut berharga $600, chan hanya melihat dan tidak membelinya, kakak Mark menyatakan dia boleh membeli kasut tersebut. Tetapi chan menyatakan "it's not my money to spend".
Mungkin disebabkan sifat kesederhanaan Chan telah menarik perhatian Mark untuk mengahwini Chan. Majlis mereka juga tidak memerlukan menempah dewan sebesar 18biji Padang Bolasepak, ataupun memanggil kesemua rangkaian stesen penyiaran.




#Bencana 40 tons Sisa Tsunami Jepun Terdampar di Pulau Alaska

Tsunami di jepun pada tempoh hari banyak memberi pengajaran kepada kita semua. Dengan kecanggihan teknologi yang dimiliki oleh jepun, clean up selepas tsunami dapat dilakukan dengan cepat. Anda boleh melihatnya disini, semasa tsunami & selepas tsunami. Tetapi apa yang dibersihkan adalah sampah yang berada didalam kawasan. Tanpa disedari terdapat sampah yang dibawa oleh air laut dan menyinggah berehat di Pulau Alaska. Terdapat lebih kurang 40 tons sisa sampah kesan tsunami yang berlaku tempoh tahun sebelum ini.

Alaska Senator iaitu Mark Begich menyatakan kos pembersihan tersebut mencecah $45juta yang membabitkan sisa sampah sejauh 120miles. Walaupun jepun adalah sebuah negara industri yang maju, pada tahun 2012, jepun juga tidak dapat lari daripada isu keberhutangan tinggi dan ditambah lagi dengan permasalahan di euro area yang mungkin boleh menyebabkan productionnya ke euro menjadi perlahan.



#Tension Billionaire China Bayar 5 Million Untuk Mencari Gadis Masih Dara Dijadikan Isteri

Kekayaan terlampau di China telah membantutkan minda seorang billionaire untuk mencari isteri yang masih dara. Tidak cukup dengan itu, 50,000 yuan ditawarkan jika matchmaker tersebut berjaya membuatkan beliau keluar dating untuk kali pertama. Billionaire sepatutnya mudah mendapatkan ladies yang perfect body. Mungkin billionaire ini seorang budak nerd dizaman sekolah ataupun beliau tidak pandai bersosial menggunakan facebook dan twitter. Mungkin juga di China teramat sukar mencari ladies yang masih dara.

Penganjur yang organized this event untuk billionaire tersebut menerima ribuan application yang mana setiap daripada mereka belum dapat dipastikan kesahihan samada masih dara ataupun telah barai. Terdapat beberapa peserta yang mengatakan mereka mungkin akan membuat beberapa pembedahan jika ujian untuk menentukan samada dara atau tidak dijalankan. 

Ladies Dara yang dicari adalah dalam lingkungan umur 20~26 tahun, mempunyai ketinggian 162~170cm, berat dalam lingkungn 50kg, berpendidikan, keluarga yang simple, good looking, dan paling penting tidak pernah melakukan seks. Terdapat juga informasi mengatakan billionaire ini pernah bercerai dan beliau berumur lingkungan 50tahun, Seorang entrepreneur yang berjaya, tubuh badan yang sihat. Mungkin lelaki ini mendapat tips daripafa hugh hefner yang digilai ramai gadis walaupun telah tua kerepot.


#Anonymous Brilliant Comment vs Talented Lying

Setelah pelbagai data dan penipuan dibongkarkan oleh individu yang menggelarkan diri mereka anonymous, pelbagai cara cuba dilakukan untuk menangkap individu tersebut. Pada zaman komputer mula dijadikan, mereka tidak pernah memikirkan perkara tersebut, mereka suka menghantar email menjemput untuk membuat kejahatan, menghantar email untuk menjemput menyerang individu tertentu, menghantar email menjemput meruntuhkan moral manusia sehingga lupa pada jati diri. Bermula era baru, ratusan ribuan malware, spyware, virus disebarkan untuk mendapatkan data-data. 

Mungkin mereka yang telah gemuk dengan hasil duit penipuan merasakan diri sudah terancam, lalu menyediakan pelbagai undang-undang untuk membanteras supaya data-data penting tidak dapat disebarkan kepada umum. Ataupun perancangan jahat mereka tidak dapat dibongkarkan. Pembongkaran artist yang konon alim tetapi membuat maksiat tidak perlu dibongkarkan, ini kerana secara langsung dan tidak langsung artist bodoh tersebut akan buat kenyataan yang berbunyi "kubur masing-masing". 

Terbaru, internet protection acts yang berpengkalan di US kemungkinan akan ban komen untuk anonymous. Maksudnya setiap daripada individu yang hendak melepaskan nafsu semasa memberi komen perlu mendaftar terlebih dahulu. Mungkin mereka ingin menapis komen-komen yang mengutuk kongress tertinggi. Tingginya martabat kongress sehingga tidak boleh ditegur. Adakah blogger dan google akan menyekat komen daripada anonymous. Ataupun akan terjadi lagi protest semasa SOPA hendak dijalankan. Damn it, sekarang mereka cuba mengawal segala aktiviti di dalam internet.


Adakah blog-blog akan sunyi tanpa komen anonymous yang bijaksana, yang bernafsu tinggi sehingga terpaksa diluahkan didalam komen, yang tunjuk-tunjuk hebat walaupun sebenarnya mereka adalah gemuk yang tidak sedarkan diri, dan pelbagai jenis anonymous akan di ban. Perkara ini perlu ditentang, tanpa anonymous sunyilah dunia internet, tanpa anonymous tidak akan ada lagi leaks data golongan atasan untuk dibaca. Selamanya The Red Warriors

Originally Sources : Syracuse

#FoodDeliverBurger 4Foods Menawarkan Sistem Pembelian & Penghantaran Makanan Yang Awesome

Menunggu orders makanan sampai kadangkala mentensionkan diri. Ditambah lagi jika kedai tersebut berbau busuk ataupun duduk bersebelahan meja berdekatan dengan lubang tangki tandas. Really damn shit smelly. Namun kebanyakan penduduk bandar amat berselera makan dikedai yang kotor, kerana sedap sehingga menjilat bulu lengan mamak, segala kekotoran dilupakan. Bukan semua kedai mamak kotor, tapi kebanyakkan pelayan mamak tidak mencukur bulu lengan or memakai baju lengan panjang. Situasi di pantai timur mungkin berbeza, ini kerana kebanyakan kedai disana menggunakan awek comel dari thailand untuk menarik minat pakcik tua yang tidak sedar diri. Makanan tidak sedap tidak mengapa, janji dapat tengok awek cantik.

Dalam mengejar arus teknologi, sebuah perniagaan yang dinamakan 4food mengambil inisiatif baru dalam penjualan burger. Customer boleh order melalui online dan selain itu boleh design burger macam mana mengikut citarasa perut masing-masing. Samada mahu yang berkhasiat ataupun yang cepat mendapat penyakit. Semuanya terpulang kepada customer. Penghantaran juga disediakan dan order melalui website kemudian pergi makan di 4food restoran juga disediakan. Selain itu juga, ordering foods using ipad juga disediakan.




Teknologi sentiasa berkembang tanpa menunggu mereka yang malas untuk belajar ataupun berharap subsidi kerajaan untuk membantu mereka lebih rajin. In future, maybe akan ada restoran di malaysia yang boleh menyediakan perkhidmatan seperti 4food. Tidak lagi perlu beratur panjang semata-mata untuk membayar sebiji gula-gula.

Originally Sources : 4food

#Routers Detect Pengguna Smartphone Walaupun Menyorok Secara Senyap

Kecanggihan teknologi pada masa kini sentiasa dipertingkatkan oleh mereka-mereka yang suka berfikir. Mereka yang malas tentunya akan menjadi katak dibawah tempurung. Sepadan dengan sikap malasnya tahap bebal. Routers terbaru keluaran libelium yang dinamakan Meshlium Xtreme mampu mendetect mereka yang menggunakan smartphone samada iOs ataupun android, laptop or handfrees devices. Meshlium ini direka cipta untuk mengesan atau mengetahui bilangan manusia di beberapa kawasan yang mereka ingin tahu jumlahnya.

Perkara ini mungkin boleh digunakan oleh Jabatan Agama Islam ataupun mana-mana Universiti dengan meletakkan Meshlium di beberapa kawasan yang dikehendaki untuk mengesan mereka yang bernafsu serakah yang sanggup meredah hutan belantara semata-mata mencari dosa. Jarak pengesanan ini routers ini dikatakan dalam lingkunan 50m ~ 75m. Pihak sekolah juga mungkin boleh mengapplykan perkara ini untuk mengesan pelajar yang suka berbootuh gambar lucah. 




#RunningShoes Pilihan Anda Untuk Dalam Penjagaan Kaki Yang Wangi

Kerisauan tahap kegemukan sentiasa membelengu masyarakat pada hari ini. Ini berikutan mereka lebih menggemari fast food daripada memasak dirumah. Mungkin itu semua hukuman akibat malas untuk memasak. Mungkin juga MSG telah tepu didalam badan dan menjadikan mereka bingung jika satu hari tidak memakan MSG. Di kesempatan itu jugalah ribuan produk kurus menjadi sebutan hangat dikalangan kaum wanita dan lelaki. Padahalnya cara hidup mereka yang tidak teratur dan hanya suka memberi arahan serta tidak suka bersenam menjadikan buncit kembong.

Jika dikira dalam 24jam sehari kita bekerja termasuklah melepak, berdating, bergosip dan makan, tidak ramai berkesempatan untuk joging. Walhalnya diri mereka yang malas dan dicipta pelbagai ribu ratusan alasan. Daripada situlah lemak-lemak tepu mula terbentuk dan menjadikan manusia zaman sekarang bulat seperti bola. Tapi terdapat sesetengah wanita/ladies suka pada lelaki buncit, katanya seksi seperti tom cruise. Munkin mereka ada alasan tersendiri kenapa menggemari lelaki buncit.

Untuk berlari melebihi 8 Jam sehari adalah mustahil, walaupun pelbagai cerita superhero khayalan dikeluarkan, semua ini dusta semata-mata. Secara xlangsung meletakkan generasi baru hidup dalam dunia khayalan superhero, tanpa disedari tubuh mereka naik mendadak. Tinggallah semua harapan menjadi superhero kuat dan bertukar menjadi superhero buncit.



#Tungsten Alternative Cincin Kahwin 2012 dan Mampu Menahan Kepanasan Sehingga 3244 °C

Untuk membuat sesuatu rekacipta modern teknologi, ia akan melibatkan pelbagai natural resources dan akan mengakibatkan bencana alam pada akan datang. Permintaan pelbagai barangan canggih dan mencari alternatif lain selain gold dalam menghasil sesuatu barangan yang tidak memberi kesan kepada alam sekitar sentiasa dikaji. Kita dimalaysia lebih popular dengan Gold, Silver dan Platinum. Walaupun sekarang ramai rakyat malaysia berebut untuk menyimpan gold, sebagai alternative dlm pelaburan.

Permasalahan lelaki dalam menyediakan barangan kahwin adalah Gold. Gelang emas, cincin emas dan pelbagai barangan keemasan untuk dibuat hantaran. Kenaikan harga emas dan kenaikan kos makanan memberi penangan hebat lagi bagi mereka yang bekerja gaji ciput. Mungkin tungsten boleh dijadikan alternative selain gold. Walaupun harganya tidak semahal gold, tetapi lebih mahal daripada Silver.

China, sebuah negara yang memiliki rakyat paling ramai dalam dunia, sehingga sanggup bekerja lebih 8jam semata-mata untuk memastikan negaranya maju. Tetapi tidak di malaysia, rakyat malaysia lebih menggemar mengimport pekerja dan bergaduh sesama sendiri berebut untuk menjadi tauke pendatang asing berdaftar. Malaysia adalah negara pemurah untuk membantu kronisme supaya bangunan rumah flat yang dibina dapat dipenuhi dan disewa. 



#Gas Permintaan Gas Seluruh Dunia dan Harganya Semakin Meningkat

Gaji naik membuatkan seorang itu gembira terloncat-loncat, sehingga ada yang tercabut seluar dalam gara-gara terlalu gembira. Mendengar saja gaji naik, bank-bank mula merangka plan strategik untuk mencuri semula duit yang diperolehi secara bijaksana dan menggelarkan pelaburan untuk mampus dimasa akan datang. Pelaburan yang akan mengkayakan lagi kongress dan menjurangkan lagi jarak golongan berada dan golongan merempat. Okey, this is call economic pusingan. Seperti saham, satu pihak mendapat untung and satu pihak hancus. 

Disekolah kita diajar supaya berani mengeluarkan pandangan, berani bersuara kerana kita bukannya robot. Malangnya, habis belajar, dapat kerja gaji beribu, dapat pangkat tahap dewa. Direkanya pelbagai peraturan untuk menjahanamkan mereka yang bodoh menjadi telunjuk. Akhirnya, terjadilah "Lembu punya susu, Sapi dapat nama". Mempergunakan mereka yang cerdik dungu untuk mencapai matlamat mereka bijak setan.

Berita selalu menceritakan masalah harga minyak naik, masalah harga gula naik, masalah harga tepung naik, tetapi masyarakat semakin boros membeli, semakin ramai yang hilang akal untuk menunjuk-nunjuk kekayaan kepada si miskin. Bukannya duit tersebut digunakan untuk membantu, tetapi difikirkan cara untuk mengenakan pelbagai tax lagi pada si miskin. Damn it foolish tycoon!



#Watch Pebble Watch yang Senggama Cool Minda Pemikiran.

Jika generasi kini menggilai smartphone canggih dengan mendownload pelbagai apps untuk menghiburkan hati semasa berak, mungkin pada selepas ini, perkara tersebut akan beralih kepada kegilaan smartwatch. Jam yang boleh memberi notification message, boleh bluetooth, boleh gps, boleh mengawal music yang dimainkan di smartphone android or iphone and pelbagai lagi. Nokiya? Damn you nokiya, you brought us the obsolete ideas.

Selain itu juga, Pebble menyediakan SDK program untuk para programmers menyediakan pelbagai jutaan apps untuk kemudahan pengguna. Pebble juga dikatakan tidak silau bila berada dibawah tahap pencahayaan tinggi dna anda masih boleh melihat waktu. Mungkin prayer time apps boleh dimasukkan untuk mengingatkan daripada kejahilan meninggalkan solat. 

Apa yang menarik, untuk memasukkan apps kedalam Pebble, hanya perlu bluetooth dengan smartphone samada android or iphone and terus boleh download apps kesukaan. Pebble dikatakan akan dijual pada harga $115 dan anda semua boleh order melalui website Pebble.



#UpdateBlog Intense Debate komen Remove.

Atas disebabkan banyak komen yang tidak dapat direalisasikan dan tersangkut ditengah jalan akibat intense debate bermasalah. Dengan ini diucapkan selamat diremovekan intense debate. Terima kasih kerana memberi kerjasama bersama "The Story Of LusA".

Komen anda semua akan direcover dan dimasukkan semula secara berperingkat. Komen untuk anonymous juga dibuka untuk mereka yang malu-malu tahi kucing. Diharap kita saling dapat memberi input output yang bernas serta konsisten untuk memajukan diri sendiri.

Best Tulus Ikhlas
The Story Of LusA

#PowerSpeech Peperangan Kehidupan, Peperangan Kekayaan, Peperangan Mencapai Cita-cita Bodoh

Dari kecil kita sudah diasuh untuk belajar sehingga berjaya ke menara gading, mencari ilmu sehingga bergelar seorang professor yang termashur, Menjadi seorang pendebat yang hebat, menjadi seorang leader yang disegani oleh seluruh masyarakat. Apabila kita mencapai segalanya, kita semakin lupa akan perjuangan sebenar sehingga membuntukan minda "apakah yang sebenarnya diperjuangkan". Dari pagi kita turun ke tempat kerja, mencari rezeki untuk memberi sesuap nasi kepada yang memerlukan, hinggakan segala halal haram dilupakan, haram dikatakan halal, halal dikatakan haram. Meletakkan ratusan alasan untuk memastikan kekayaan milik kita, untuk mengatur segala idealisme yang bakal menghancurkan kehidupan dimasa akan datang.

Kita diberi kuasa untuk mentadbir, diberi kuasa untuk mengubah segalanya, tetapi segalanya dirancang untuk meletakkan generasi akan datang lebih tertekan. Melebarkan segala kata-kata manis untuk menunjukkan kebijaksanaan kuno, kekolotan minda yang dianggap cerdik pandai, akhirnya bakal menghancurkan humanity pada masa akan datang. Kekayaan menjadi sandaran untuk mengatur segala perancangan jahat, seolah-olah tidak ada kematiaan yang akan menjelma. Mungkin mereka fikirkan malaikat maut akan lupa mencabut nyawa mereka. 

Kehidupan kita bukannya untuk menjadi sebuah machine yang hanya digunakan sebagai program sesuatu perkara. Tetapi itulah yang berlaku pada hari ini. Ratusan mereka yang berpelajaran tinggi, buntu tentang apa yang dipelajari dan meletakkan dirinya sebagai machine untuk diprogramkan setelah tamat belajar. Layakkah seorang graduan yang memperolehi cgpa 4.0 diiktiraf berjaya dalam kehidupannya jika kehidupan mereka tidak ubah seperti sebuah machine yang menunggu untuk diprogramkan.





Kita sendiri yang mengatur hidup, Janganlah kehidupan kita diatur untuk menyusahkan masa hadapan. Ilmu yang dipelajari bukannya sandaran untuk menyorok jutaan dollar dibawah bantal tidur, ia perlu diserahkan kepada mereka yang memerlukan.

#Hadiah Tiria Jezsy Memberikan Hadiah Lelaki Kacak dan Ladies Cute

Doodles, apa itu doodles? lukisan manusia kartun..pelbagai jenis doodles yang berada dipersekitaran bandaraya blogger. Ramai blogger yang terer membuat doodles ini dengan penuh kreativiti masing-masing. Doodles tiada kaitan dengan doodie alfayid, walaupun namanya bermula huruf D. 

Seorang blogger wanita yang cekal hatinya melukis doodles telah menghadiahkan aku satu doodles yang menarik. Terima kasih atas jasa baik anda. Pada mereka yang berminat untuk mendapatkan doodles ini, sila leave comment pada blog ini "TiRia JezSy" dan katakan "Saya nk doodles percuma". 
Jasamu Dikenang Wahai Perwira Negara.

#LOL Cara Bangunkan Anak Menggunakan Lagu Nirvana

Kegilaan lagu nirvana tidak lapuk ditelan zaman. Semangat lagu Kurt Cobain berjaya meresap kedalam jiwa sanubari kanak-kanak. Oh Damn it !!. Sepasang suami/isteri or kasih kekasih aku xpasti, sbb tu adalah mat salleh. Tidak senang melihat anaknya yang nyenyak tidur, then dibukak lagu nirvana (breed) untuk menaikkan semangat main drum. #LOL Parents.


#CarManufacturers Kita Sibuk Mengira Hutang, Mereka Sibuk Mengira Untung Berbillion

Dalam menuju ke arah negara maju, moden dan pelbagai barangan canggih. Kehidupan sejagat manusia semakin dihimpit oleh hutang. Negara maju yang dicapai dengan merujuk kepada pendapatan per kapita penduduk tanpa diambil kira jumlah hutang yang ditanggung oleh penduduk. Disebabkan keberhutangan seriuslah sebuah empayar besar euro hampir bankrup akibat di belenggu masalah hutang yang tidak berkesudahan. Siapakah yang mendapat menafaat daripada hutang tersebut dan siapakah yang akan terbelenggu didalam dunia hutang tersebut?

GM Motors, Volkswagen, Nissan, TOYOta, Nissan dan seangkatan dengan telah menyatakan keuntungan mereka masing-masing untuk tahun berikut dan berikutnya. Jika keuntungan syarikat tersebut adalah billion, berapakah hutang keseluruhan penduduk tersebut? Apakah mungkin suatu hari nanti, china akan menghadapi permasalahan hutang selepas Euro dan US? Jepun juga telah mengambil langkah berjaga-jaga berikutan keberhutangan tinggi negara mereka.

Lifestyle of the rich and the famous lah membuatkan manusia lupa segalanya dan hidup hanya untuk bermegah-megah. Bermacam syarat dan undang-undang bongok dikeluarkan untuk menindas mereka yang bodoh serta malas membaca. Mungkin mereka akan mengatakan ia adalah strategi perniagaan, strategi pelaburan dan bermacam strategi menipu lagi yang sebenarnya memberi keuntungan Total kepada mereka.





Bila agaknya Proton dan Perodua berada dalam ranking tersebut agaknya. Daripada kajian tersebut nampaknya rakyat malaysia tidak tergolong, mungkin rakyat malaysia cintakan barangan tempatan. How Sweet We All.

Originally Sources : olathetoyota

#Motorcycle Bertayar Satu Yang Menakjubkan.

Dunia permotoran sentiasa di upgradekan dari masa ke semasa. Daripada seperlahan motosikal kepada selaju-laju motosikal. Rakyat malaysia pada hari ini juga telah ramai yang menggemari motosikal berkuasa besar (superbike), tidak cukup dengan itu juga, pihak hospital juga terpaksa memikirkan cara untuk menambah bilangan katil sebagai persediaan untuk para superbikers yang excident. Dengan kelajuan mencecah 200km/jam, semestinya akan memberi impak pelanggaran yang semaksima mungkin.

Pihak JPJ juga mungkin akan menggunakan pelbagai alasan untuk menambahkan bilangan hari untuk mereka yang ingin mengambil lesen. Bertambahnya bilangan hari untuk menghadiri taklimat boring, bertambahlah duit yang perlu dikeluarkan. Ini semua sebenarnya salah penunggang dan pendriver kereta yang bebal yang mahu tunjuk hero taik kucing. Mungkin mereka bersangkakan nyawa mereka ibarat super mario yang dibekalkan 3 nyawa untuk melepasi pelbagai halangan semasa perjalanan menyelamatkan sang puteri.

Motosikal bertayar 1 ini dikeluarkan oleh RYNO Motors. mereka menamakan micro-cycle, dimana motosikal yang bertayar 1.  Motosikal ini juga adalah mesra alam, dimana ia tidak menggunakan petrol tetapi menggunakan kuasa letrik. Design motor ini untuk penggunaan dibandar sahaja ataupun ditempat-tempat yang tidak sesak. Berat motor ini hanyalah 125pound dan boleh mencapai kelajuan 15 miles / hours. Menurut RYNO Motors, motor ini mungkin akan dipasarkan pada penghujung tahun 2012 dengan harga $4,200. 



#SmartPhone Samsung Galaxy S3 vs HTC One X, Yang Mana Satu Pilihan Kalbu

Peredaran zaman tidak pernah menunggu mereka yang suka berdalih dan suka membuat alasan. Ini kerana, jika menunggu golongan mereka yang suka berdalih, maka tidak akan majulah pemikiran seseorang itu. Jika dulu kita memikirkan adalah mustahil teknologi "touch", tetapi pada hari ini segalanya "touch". Button untuk menekan telah bertukar kepada button to touch. Jika dulu kita tidak mengendahkan akan perkembangan telifon, tetapi pada hari ini kita dipaksa rela untuk mengambil tahu segalanya. Ini berikutan teknologi tidak akan mengindahkan mereka yang bodoh sombong.

Samsung daripada sebuah syarikat yang suam-suam suku, kini menjadi gergasi dunia dalam smartphone, Nokia yang dulunya sangat popular, kini sudah tidak sepopular dulu. Mungkin ia berikutan Nokia angkuh tidak mahu menggunakan android sebagai OS utamanya. android tidak pernah berputus asa untuk menjadi OS terbaik di dunia walaupun iOS ada kelebihan tersendiri yang masih belum diatasi oleh android.

Bermula 2012, android melancarkan android versi terbaru iaitu android 4.0 yang lebih dikenali "ice cream sandwich" dan singkatannya adalah ICS. Samsung galaxy Nexus adalah smartphone pertama yang merasmikan ICS ini. Pada bulan april 2012, HTC mula menunjukkan kebolehan mereka dengan mengeluarkan 2 model terbaru yang menggunakan ICS iaitu HTC One X dan HTC One V. Mungkin perkara berikut telah membuatkan samsung tercabar, dengan itu samsung telah melancarkan samsung galaxy S3 sebagai pencabar terdekat HTC One X. 


Resolution :
  • The S3 has a 4.8 inch super AMOLED HD screen with 1280 x 720 resolution. 
  • The HTC One X is just .1 of an inch smaller at 4.7", also with 1280 x 720 resolution.

Processor:
  • The S3 packs a quadcore 1.4GHx processor.
  • The HTC One X also has a quadcore, at 1.5GHz.

Weight : (Both are super light) 
  • The S3 is 133grams.
  • The HTC One X is 130grams.

Operating System:
  • Both operate on Android Ice Cream Sandwich, S3 on 4.04, One X on 4.0.

Camera : (Both have 8mp cameras, 1080p video.) 
  • S3 has a 1.9MP front-facing camera
  • One X has 1.3 MP front-facing camera




#InternetHolic Perkara yang Kebiasaan Dilakukan Semasa Online dan Populasi Negara yang Tertinggi Spending Time Surfing

Surfing internet sehingga mata membengkak adalah perkara biasa dilakukan oleh generasi muda pada hari ini. Sehinggakan ada yang sanggup tidur di atas meja bersama laptop ataupun meletakkan tablet diatas muka untuk dijadikan penutup mata. Oleh sebab itulah, kebanyakan daripada generasi baru dapat mengkayakan tauke kedai cermin mata. Tidak cukup dengan itu, ada yang terpaksa mendekatkan muka 1inci daripada screen PC sebesar screen pawagam, semata-mata mahukan kepuasan melihat huruf. Pening Pening Pening.

Tidak cukup dengan itu, kesanggupan menahan berak dan kencing juga sanggup dilakukan. Ia adalah semata-mata risau jika kekasih hati merajuk jika lambat reply message didalam facebook. How damn them. Tidak cukup dengan itu, terdapat manusia yang sanggup bersengkang mata semata-mata mahu mengEdit gambar untuk menyebarkan fitnah dengan membuat penulisan yang penuh dengan cacian semata-mata. Yang paling bodoh sekali dengan menyatakan diri memperjuangkan bangsa dan agama. Really damn shit manusia begini.

Disebabkan pertambahan manusia yang spending masa surfing dan lahirlah beribu hacktivist baik dan jahat untuk membongkar pelbagai rahsia yang berjaya diperolehi. Daripada situ, terdapat beberapa daripada mereka merasakan dirinya terancam dan dibubarkan pelbagai undang-undang lama untuk menjaga rahsia mereka daripada terbongkar. Itulah dunia hari ini yang dipenuhi penipuan licik serta fitnah membuta.


#DarkChocolate Kebaikannya Dalam Menurunkan Cholesterol serta Melancarkan Perjalanan Darah Jika di Ambil Secara Medium.

Pemakanan coklat memang sedap dimakan ketika perut lapar, Jika perut sudah kenyang membuntal, menelan seteguk air pun seperti mahu memuntahkannya kembali. Tetapi makan dengan secara berserderhana dapat mengimbangkan metabolisma tubuh daripada tersiksa akibat ketamakan mentekedarah. Oleh itu, janganlah kita memakan sisa-sisa seperti roti busuk, roti hampir basi, nasi masam, roti canai terkena peluh, nasi goreng digoreng sambil hidung dikorek, meminum minuman yang air dipenuhi klorin dan pelbagai lagi makanan yang boleh menjejaskan kesihatan kita di hari tua kelak.

Disebalik kita menggemari kopi ataupun nescafe untuk menyegarkan tubuh di pagi hari ataupun semasa otak berserabut akibat tekanan perasaan, Dark Coklat sebenarnya mampu merelaxkan otak kita dan menstabilkan ketidaktentuan arah otak kita. Terdapat kajian di San Diego Universiti dimana mereka mendapati Dark Coklat ini boleh memberikan impact positive kepada mereka yang kerap mengambilnya. Selain itu juga, Dark Coklat ini boleh mengawal kandungan gula dalam tubuh dan kolestrol. Walaupun rasanya agak kepahitan, tetapi ia sedap dikunyah.

Kajian lain juga ada menyatakan coklat ini bahaya jika dimakan secara berlebihan. Dengan itu, disarankan mengambilnya secara moderate. Ada juga beberapa pihak mengatakan dimana untuk mengenalpasti ketulenan Coklat adalah dengan melihat tarikh pembuatan dan tarikh luput coklat tersebut. Jika tarikh yang dibuat dan tarikh luput adalah 2 tahun @ lebih, maka dengan itu coklat tersebut adalah genuine @ original.