Originally Sources : 114A
Aug 14, 2012
1. Apakah itu Seksyen 114 A?
Seksyen 114 A, “Andaian Fakta dalam Penerbitan”, merupakan pindaan terbaru terhadap Akta Keterangan 1950. Pindaan tersebut yang diluluskan Dewan Rakyat tanpa didebatkan terlebih dahulu pada 18 April 2012 dan melalui Dewan Negara pada 9 Mei 2012. Pindaan ini telah diwartakan dan mula berkuatkuasa mulai 31 Julai 2012.
Seksyen 114 A, yang boleh diguna pakai dalam kes jenayah dan juga sivil, mengandaikan bahawa pemilik, pengendali, hos, editor, pelanggan sesebuah rangkaian atau laman web, atau pemilik komputer atau peralatan mudah alih dianggap bertanggungjawab menyiarkan atau mengulangsiarkan isi kandungan yang terdapat pada rangkaian, laman web atau peralatan terbabit.
2. Apakah tujuan asal pindaan ini diperkenalkan?
Tujuan asal pindaan ini adalah untuk mengenal pasti individu yang bertanggungjawab ke atas penyiaran dan penyebaran bahan berunsur hasutan di internet.
Bagi pihak berkuasa, proses menjejaki dan mengenal pasti individu yang terlibat dalam penyiaran atau penyebaran bahan berunsur hasutan di internet merupakan sesuatu yang sukar. Individu tersebut dengan mudah mengambil kesempatan menyembunyikan identiti mereka di internet kerana kesukaran pihak berkuasa mengawal internet yang luas dan terbuka. Penyembunyian identiti juga menggalakkan rakyat menyatakan pendapat tanpa rasa takut kepada mana-mana pihak. Selain itu, oleh sebab maklumat mudah berpindah dari satu pihak ke pihak yang lain, pihak berkuasa mengalami kesukaran untuk mengesan individu asal yang bertanggungjawab menyebarkan maklumat tersebut.
3. Apakah kekurangan yang ada pada Seksyen 114A?
Pindaan ini jelas mengandaikan kesalahan terletak pada individu yang identitinya diguna pakai dalam penyiaran atau penyebaran maklumat berbentuk hasutan tanpa mengambil kira faktor seperti kecurian identiti dan penggodaman komputer. Kesalahan juga terletak pada pihak yang menyediakan ruangan komen pada blog, forum dan pengendali laman web walaupun maklumat tersebut disiarkan oleh pihak lain.
Pelaksanaan pindaan baru ini boleh mengakibatkan pihak yang tidak terlibat menjadi mangsa. Pindaan ini juga bercanggah dengan prinsip asas keadilan yang menyatakan seseorang tidak bersalah selagi kesalahannya tidak dibuktikan.
Selain itu, undang-undang yang diperkenalkan ini tidak akan dapat memerangi jenayah siber dengan berkesan kerana pindaan ini secara tidak langsung melindungi penjenayah siber dengan meletakkan kesalahan ke atas mangsa mereka yang komputer atau akaun Facebook dan Twitternya digodam.
4. Apakah implikasi pindaan ini terhadap individu?
Pelaksanaan Seksyen 114 A mempunyai kesan yang luas terhadap setiap pengguna internet yang meliputi pelbagai platform seperti emel dan media sosial. Pindaan ini awal-awal lagi telah meletakkan kesalahan ke atas individu yang memiliki laman web atau peralatan yang mana kenyataan atau isi kandungan berunsur hasutan tersiar. Di bawah Seksyen 114 A, individu atau organisasi yang mengendali, menyelia atau menyediakan ruang untuk forum, blog atau perkhidmatan pengehosan web adalah bertanggungjawab terhadap segala kandungan yang terdapat dalam perkhidmatan terbabit. Mereka juga bertanggungjawab terhadap kandungan yang diterbitkan oleh pihak lain yang menyamar menggunakan identiti mereka di internet. Hasilnya, Seksyen ini mengancam kebebasan bersuara di internet, serta mengancam prinsip asas keadilan, demokrasi dan hak asasi manusia.
5. Apakah implikasi pindaan ini terhadap ekonomi negara?
Pada tahun 2010, sektor internet menyumbang 4.1% (30 billion) kepada KDNK Malaysia – angka yang lebih tinggi daripada kebanyakan negara maju yang mana sektor internetnya menyumbang kira-kira 3.4% KDNK mereka[1]. Ekonomi berasaskan internet di negara ini bercambah dengan pesat hasil daripada kebebasan berinternet yang dinikmati para pengguna perkhidmatan tersebut. Kejayaan perniagaan-perniagaan internet juga berkait rapat dengan kebolehan pengguna-pengguna internet mencipta, mencari serta berkongsi maklumat.
Populariti rangkaian laman sosial juga mendorong perniagaan-perniagaan untuk membangunkan strategi pemasaran yang berinovatif serta mampu menjana kemajuan ekonomi. Facebook dan Twitter juga membantu perniagaan mempromosikan produk mereka. Selain itu peniaga juga dapat meningkatkan mutu produk hasil daripada maklum balas pembeli melalui laman sosial tersebut. Oleh itu, kemajuan ekonomi berasaskan internet bergangtung kepada inisiatif yang mampu menggalakkan penggunaan internet dan bukannya langkah yang membantutkan.
Seksyen 114 A menghalang penggunaan dan penghasilan maklumat di internet. Oleh sebab pindaan tersebut meletakkan beban membuktikan kesalahan di bahu pemilik sesebuah laman web atau peralatan, penghasilan dan perkongsian maklumat di internet akan terbantut akibat ketakutan dan risiko didakwa. Hasilnya, pindaan yang baru ini akan menjejaskan perniagaan-perniagaan kecil mahupun besar yang bergantung pada penglibatan pengguna-pengguna internet.
6. Mengapa kebebasan bersuara di internet perlu dipertahankan?
Perkongsian maklumat yang bebas dan terbuka merupakan asas bagi sebuah sistem demokrasi yang kukuh. Hal ini memastikan rakyat sentiasa dibekalkan dengan maklumat yang tepat supaya mereka dapat memainkan peranan yang aktif dalam proses demokrasi di negara ini. Internet yang mampu mempercepatkan proses penyampaian maklumat berkemampuan untuk melancarkan proses demokrasi. Justeru, rakyat perlu menggunakan hak bersuara mereka tidak kira dalam apa jua bentuk termasuk di internet. Suara rakyat perlu didengar. Oleh itu, jika Seksyen 114 A yang baru ini dilaksanakan, prinsip demokrasi serta kebebasan bersuara rakyat akan terjejas teruk.
7. Pihak mana yang menentang Seksyen 114A?
Pada 31 Mei 2012, Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) melancarkan satu e-petisyen untuk mendapatkan sokongan kepada kempen untuk menghentikan pindaan ini daripada diwartakan. Dalam masa sebulan, lebih daripada 3300 individu menandatangani petisyen tersebut untuk menyatakan tentangan mereka terhadap pindaan tersebut. Dalam kalangan mereka yang berbuat demikian termasuklah Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng, pengarah filem terkenal Pete Teo, penulis and personaliti radio Patrick Teoh, aktivis sosial Marina Mahathir dan Dr. Irene Fernandez, dan ahli akademik ternama seperti Dr. Azmi Sharom dan Dr. Mustafa K. Anuar.
Selain itu, ahli-ahli parlimen dari Barisan Nasional turut menyatakan ketidaksenangan mereka dengan pindaan tersebut. Khairy Jamaluddin menyifatkan bahawa beban membuktikan kesalahan perlu sentiasa terletak pada pihak pendakwa[2]. Datuk Saifuddin Abdullah pula berpendapat bahawa pindaan tersebut perlu ditarik semula[3].
Pada 28 Jun 2012, Pakatan Rakyat mengeluarkan kenyataan untuk menyarankan pihak kerajaan menarik semula Seksyen 114A tersebut. Kenyataan terbabit ditandatangani oleh Ahli Parlimen Subang R Sivarasa, Ahli Parlimen Batu Gajah Fong Po Kuan, dan Ahli Parlimen Kuala Selangor Dzulkefly Ahmad[4].
[1] Joseph Chin, “McKinsey, Google: Internet contributed RM30 bn of Malaysia’s GDP in 2010”, The Edge Malaysia, 01 February 2012, online at: http://www.theedgemalaysia.com/index.php?option=com_content&task=view&id=200283&Itemid=88
[2] Leven Woon, “Youth chief wants Evidence Act changes revoked”, Malaysiakini, 16 June 2012, online at: http://www.malaysiakini.com/news/201025
3 “Saifuddin: Move should be revoked”, The Malay Mail, 4 July 2012, print.
4 Teoh El Sen, “Pakatan seeks to halt new Evidence Act”, Free Malaysia Today, 28 June 2012, online at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/06/28/pakatan-seeks-to-halt-new-evidence-act/
Originally Sources : 114A
Originally Sources : 114A
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


KAMI MAHUKAN PADANG KAMI. JANGAN AMBIL PADANG KAMI
ReplyDeleteko gentel 3 kali, pastu lancap 5 kali. nanti esok posmen hantarkan padang.
Deletekami mahukan privasi semasa bersenggama !
ReplyDeleteJangan Jilat Bontot Kami. KAMI GELI DOHHH!!!
ReplyDeleteBontot yg geli adalah mereka yg berak xbasuh.
DeleteAdalah dilarang sama sekali mengikut akta 114A, anda mendatangkan musibah kepada kami.
DeleteApakah perbezaan akta 114A, dengan akta rogol bini jiran?
DeletePulangkan Semua
ReplyDeletePutuskan segala talian hayat semasa berada didalam bilik
ReplyDeleteAku hack wifi jiran sebelah, tengok blue. pastu Jabatan agama datang tangkap jiran aku.
ReplyDeletejiran ko hack balik wifi ko,pastu tonton gmbr lucah ko. ditangkap jabatan agama. dua2 ekor yg bodoh kena 114A.
Deletelepas buat rondaan kita dapat tangkap depa dengan bantuan polis
ReplyDeleteikan bilis didapati bersalah atas tuduhan, suka tengok gambar lucah.
DeleteTOLONG KAMI
ReplyDeleteBANTU KAMI
KAMI ANAK YATIM PIATU
nah seposen, pergi beli gula2 getah nyanying
DeleteJANGAn ROGOL KEMALUAN KAMI !!!!
ReplyDeleteJANGAn ROGOL KEMALUAN KAMI !!!!
JANGAn ROGOL KEMALUAN KAMI !!!!
JANGAn ROGOL KEMALUAN KAMI !!!!
JANGAn ROGOL KEMALUAN KAMI !!!!
JANGAn ROGOL KEMALUAN KAMI !!!!
JANGAn ROGOL KEMALUAN KAMI !!!!
JANGAn ROGOL KEMALUAN KAMI !!!!
JANGAn ROGOL KEMALUAN KAMI !!!!
JANGAn ROGOL KEMALUAN KAMI !!!!
ko johari pain xda kote ke
DeleteJohari pain mendapat kote baru milik negro
DeleteSetiap yang hidup pasti mati. Ingatlah yg tersayang.
ReplyDeleteJangan Paksa Kami Membeli Pisang Goreng Kamu !!!
ReplyDeletemenarik ni.. :)
ReplyDeleteCintaku Bukan Diatas Kertas
ReplyDeleteCintaku Getaran yang Sama
Tak mungkin Dicari
Tak mungkin Dipaksa
Hanya yakin Menungguuuuuuu
Jawabnya.
pencacai didahulukan capati diutamakan
ReplyDeletePencacai Sentiasa menjilat Dengan Ranum
DeleteTanpa Pencacai, Tiadalah Tuduhan
xtau nk respon apa..rasanya x payah la benda ni.ekeke
ReplyDeleterasanya aiskrim paddle pop lagi sedap daripada magnum.
Deletemacam2
ReplyDeleteSemalam hari apa yea?
ReplyDeleteRamai yang keliru dengan maksud pindaan pada 114a Akta Keterangan dan tidak kurang juga yang menangguk di air keruh dengan mengelirukan lagi keadaan terhadap orang yang agak jahil pengetahuan undang2. Maka ada juga cuba nak jadi hero seolahnya mereka pun arif berkenaan pindaan tersebut seolahnya mereka juga arif dalam undang2 dan mempunyai kelayakan undang2.
ReplyDeleteAndaian dalam matapelajaran keterangan (Evidence law) ada 3 tahap (i) andaian muktamad (ii) andaian undang2 yang boleh disangkal (iii) andaian fakta [may).
Andaian fakta adalah andaian yang paling rendah dmana hakim mempunyai budubicara (may) untuk menerima pakai atau tidak berbanding andaian undang2 seperti mana-mana orang yang memiliki dadah tanpa sah dengan jumlahnya melebihi kadar yang ditetapkan, maka andaian undang2 adalah dia mengedar dadah tersebut dan hanya dapat dipatahkan dengan membawa bukti pada tahap imbangan keberangkalian. Makanya andaian fakta pada seksyen 114 Akta Keterangan ini bukannya sesuatu yang perlu diributkan kerana penghjungnya hakim yang memutuskan untuk menerimanya atau tidak. Penghujungnya, OKT tidak akan disabitkan dengan petuduhannya jika pendakwa gagal membuktikan kesnya pada tahap tanpa keraguan yang munasabah i.e. lebih tinggi dari pada tahap imbangan kebarangkalian.
Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
ehhh ??? ko ingt aku nk percaya ker?
Delete